AS, Brazil perbaiki hubungan

AS, Brazil perbaiki hubungan

WASHINGTON, 30 Jun (AFP) – Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan Presiden Brazil Dilma Rousseff mengadakan lawatan mengejut kelmarin ke tugu peringatan Martin Luther King Washington, sebagai satu usaha untuk memperbaiki hubungan selepas satu pengintipan berturut-turut.

Obama menjadi tuan rumah kepada presiden Brazil di tugu peringatan ikon hak sivil, salah seorang wira yang dikaguminya selepas “tompok bergelora” di antara kedua-dua negara disebabkan pendedahan pengintip AS telah mendengar perbualan beberapa panggilan telefon Rousseff.

Rumah putih berkata lawatan itu “menekankan nilai-nilai bersama yang banyak dan jalinan kuat yang wujud di antara rakyat Amerika dan Brazil”.

Kedua-dua negara mempunyai banyak keturunan minoriti dari hamba-hamba barat Afrika dan mempunyai masalah akibat dari ketidaksamaan kaum.

Kemudian, Obama menjemput Rousseff pada makan malam kecil-kecilan di Rumah Putih dengan kira-kira 20 jemputan. Dia ditemani oleh Menteri Luar Mauro Viera dan Menteri Pertahanan Jacques Wagner.

Presiden Barack Obama berjalan bersama Presiden Brazil Dilma Rouseff (tengah) dalam usaha memperbaiki hubungan di antara kedua-dua negara. – AFP
Presiden Barack Obama berjalan bersama Presiden Brazil Dilma Rouseff (tengah) dalam usaha memperbaiki hubungan di antara kedua-dua negara. – AFP

Presiden AS ditemani oleh Naib Presiden Joe Biden dan Penasihat Keselamatan Negara Susan Rice.

Obama telah sering kali membawa sekutunya ke lawatan simbolik dan seluruh Washington.

Beliau juga membawa Perdana Menteri India Narendra Modi ke tugu peringatan MLK dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe ke tugu peringatan Lincoln.

Rouseff telah pertama kali dijangka ke Washington pada Oktober 2013, tetapi membatalkan perjalanan itu selepas bangkit hal perisikan AS telah mendengar perbualan telefonnya dan beberapa juta orang lagi di Brazil.

“Lawatan tersebut menunjukkan bahawa kami bergerak ke hadapan di sini,” menurut penolong polisi luar Obama Ben Rhodes menjelang lawatan tersebut.

Obama dan Rouseff dijadualkan akan mengadakan makan malam, kemudian membincangkan dengan sidang media hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA