AS, Britain, Israel masih ‘musuh utama’ Iran

AS, Britain, Israel masih ‘musuh utama’ Iran

TEHRAN, 3 Jun – Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyelar Amerika Syarikat (AS), Britain dan Israel sebagai ‘musuh-musuh utama’ republik Islam itu hari ini, menuduh Washington melengah-lengahkan perjanjian nuklear Tehran itu.

“Ia adalah AS, Britain yang jahat dan rejim Zionis yang terkutuk dan tamak. Inilah musuh-musuh utama,” kata Khamenei dalam ucapan televisyen yang menandakan ulang tahun kematian ke-27 pemimpin revolusi terdahulu, Ayatollah Ruhollah Khomeini.Pemimpin agung menyatakan perjanjian nuklear dengan kuasa-kuasa dunia yang berkuat kuasa pada Januari, dan menuduh Washington memungkiri janjinya.

“Kami duduk bersama dan mengadakan rundingan dengan kumpulan P5+1 dan malah berasingan dengan warga Amerika berhubung isu nuklear,” katanya semasa ucapan televisyen kepada lebih beribu orang yang berkumpul di makam mewah Khomeini di selatan Tehran.

“Di sisi lain, warga Amerika, telah membuat komitmen. Republik Islam menyelesaikan komitmennya namun di pihak lain yang tidak jujur telah melengah-lengahkannya.”

“Sesiapa saja percaya dengan AS telah melakukan kesalahan besar dan akan mendapat pukulan” daripada mereka, tambahnya. Selepas perjanjian nuklear dikuatkuasakan pada pertengahan Januari, beberapa sekatan antarabangsa ke atas Iran telah dibatalkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), AS dan Kesatuan Eropah (EU).

Namun AS dan EU telah mengekalkan sekatan berkaitan dengan program peluru berpandu Iran, situasi hak asasi kemanusiaannya dan sokongan kepada kumpulan-kumpulan seperti Lubnan Hizbullah, yang Washington kategorikan sebagai persatuan ‘pengganas’. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA