AS buat pertemuan dengan Ecuador

AS buat pertemuan dengan Ecuador

EAST RUTHERFORD, 13 Jun (AFP) – Ecuador akan membuat perhitungan dengan Amerika Syarikat (AS) dalam aksi suku akhir Copa America Centenario, Khamis ini selepas mencatat kemenangan bergaya 4-0 ke atas Haiti, sebentar tadi.

Gol menerusi Enner Valencia, Jaime Ayovi, Christian Noboa dan Antonio Valencia melengkapkan kemenangan Ecuador yang kini sudah menjamin tempat sebagai naib juara Kumpulan B.

Satu lagi aksi Kumpulan B yang berlangsung pagi ini membabitkan Brazil menentang Peru dengan pemenang perlawanan mara ke suku akhir sebagai juara kumpulan.

Aksi kedua-dua pasukan dalam perlawanan tersebut. – AFP
Aksi kedua-dua pasukan dalam perlawanan tersebut. – AFP

pg22_160613_CopaAmericaLogo

Keputusan seri akan menyaksikan Brazil, Peru dan Ecuador berkongsi lima mata tetapi Brazil bakal mara sebagai juara kumpulan dengan Ecuador kedua berdasarkan perbezaan jaringan.

Ecuador – yang akan membuat penampilan pertama dalam aksi suku akhir Copa America sejak kali terakhir pada 1997 – akan ke Seattle bagi berdepan AS di Century Link Field dalam perebutan tempat ke separuh akhir.

ARTIKEL YANG SAMA