AS buru emas bola keranjang

AS buru emas bola keranjang

pg24_160822_olympic logo

RIO DE JANEIRO, 21 Ogos – Bintang–bintang NBA dari Amerika Syarikat (AS) melabuhkan tirai Olimpik Rio 2016 hari ini ketika 12 pingat emas terakhir akan ditentukan.

Hanya pasukan Serbia berada dalam laluan juara bertahan AS dan pingat emas keenam Olimpik dalam tujuh percubaan. Pasukan AS mencatatkan 24 kemenangan Olimpik berturut–turut, dan 75 kejayaan keseluruhan selama sedekad, ke final dalam memburu pingat emas ketiga berturut–turut.

Jurulatih pasukan AS, Mike Krzyzewski membawa pasukan itu bagi kali terakhir sebelum digantikan oleh jurulatih NBA San Antonio Spurs, Gregg Popovich.

“Serbia adalah pasukan berbakat. Mereka adalah salah sebuah pasukan terbaik dunia,’ kata Krzyzewski. ‘Mereka beraksi bersama buat masa yang lama.”

Tetapi perlawanan merebut pingat emas mungkin bukan kesimpulan untuk dilupakan. Dalam perlawanan kumpulan minggu lalu, pasukan AS hanya menewaskan Serbia 94-91, margin tipis dalam kemenangan Olimpik AS.

Jurulatih Serbia, Sasha Djordevic, yang tewas kepada skuad Olimpik NBA kedua AS pada 1996 sebagai ahli Yugoslavia, mahu pasukannya berbangga tetapi bukan berpuas hati.

‘Keyakinan kami meningkat,’ katanya. “Sudah tiba masanya untuk menulis semula legasi bola keranjang Serbia….saya tidak akan membenarkan mereka berpuas hati buat masa sekarang.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA