AS, China berhasrat kukuhkan hubungan

BEIJING, 19 Mac – Presiden China Xi Jinping dan Setiausaha Negara Rex Tillerson dalam rundingan hari ini berjanji akan bekerjasama untuk memperkukuh hubungan yang terjejas akibat perbalahan dengan Korea Utara dan perdagangan.

Xi bertemu dengan Tillerson di Beijing beberapa jam selepas Korea Utara menguji hubungan AS-China semula dengan mengumumkan percubaan enjin roket, dan dengan rundingan dirancang untuk sidang kemuncak Xi dengan Presiden Doland Trump.

Xi memberitahu Tillerson bahawa beliau dan Trump dengan memutuskan dalam satu panggilan telefon pada bulan lalu “untuk berusaha memajukan kerjasama China-AS, dan kami percaya kami boleh memastikan hubungan akan diteruskan secara membina dalam era baru.”

“Saya yakin asalkan kami boleh melakukannya, hubungan pastinya boleh bergerak dalam hala yang betul,” kata Xi.

Dalam perjalanan ke Beijing, Tillerson melawat sekutu AS Jepun dan Korea Selatan di mana beliau mengumumkan Washington akan menggugurkan pendekatan “kesabaran strategik” yang “gagal” dengan Pyongyang – menambah tindakan tentera AS ke atas Utara mungkin dilakukan.

Rex Tillerson ketika mengadakan perjumpaan bersama Xi Jinping. – AFP
Rex Tillerson ketika mengadakan perjumpaan bersama Xi Jinping. – AFP

Ia menandakan perubahan besar dengan China, yang memilih diplomasi berbanding retorik hangat.

Hubungan juga terjejas akibat tentangan China terhadap sistem pertahanan peluru berpandu AS yang sedang dipasang di Korea Selatan dan tuduhan Trump di Twitter pada Jumaat mengatakan China tidak melakukan secukupnya untuk mengawal Pyongyang, negara jiran dan sekutu sejarahnya.

Trump juga berkali-kali menuduh China mengamalkan perniagaan yang tidak adil.

Namun Tillerson bersikap baik ketika berada di Beijing.

“Kami tahu menerusi dialog lanjut, kami akan mencapai pemahaman yang lebih yang akan membawa kepada pe-ngukuhan hubungan di antara China dan Amerika Syarikat dan menetapkan suasana untuk hubungan kerjasama masa depan kami,” beritahunya kepada Xi.

Awal hari ini, media Korea Utara berkata reji tersisih itu telah menguji enjin berkuasa tinggi yang dialu-alukan oleh pemimpin Kim Jong-Un sebagai satu “kelahiran baru” untuk industri roketnya, yang dilihat oleh pakar sebagai satu topeng untuk menghasilkan peluru berpandu balistik antara benua. – AFP