AS, China capai persetujuan garis pandu perangi jenayah siber

AS, China capai persetujuan garis pandu perangi jenayah siber

WASHINGTON/SAN FRANCISCO, 2 Dis (Reuters) – Amerika Syarikat (AS) dan China telah mencapai satu persetujuan berhubung garis pandu bagi meminta bantuan ke atas jenayah siber atau kegiatan siber lain, menurut Jabatan keadilan AS kelmarin.

Persetujuan itu dicapai dalam rundingan di Washington minggu ini dalam kalangan pegawai termasuk Peguam Negara AS Loretta Lynch, Setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS, Jeh Johnson dan Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun.

Jabatan Keadilan juga mengatakan dalam persetujuan itu, China dan AS akan mengadakan ‘latihan” dalam siri bersama sejumlah senario yang direka untuk meningkatkan pemahaman jangkaan tindak balas dan kerjasama.

Rundingan sudah lama dirancang untuk mengikuti persetujuan bersejarah antara kedua-dua buah negara yang dicapai pada September. Pusingan akan datang dimulakan pada Jun, menurut Jabatan Keadilan.

Pihak keselamatan Kementerian Awam China mengatakan persetujuan itu akan mempunyai ‘impak besar’ kepada pengimplementasian langkah-langkah keselamatan Internet, menambah bahawa dua sisi berazam untuk mengekalkan perbincangan jujur berhubung isu tersebut.

Kenyataan itu tidak menyatakan laporan dari agensi berita Xinhua China minggu ini ke atas penggodaman rekod peribadi yang sensitif ke atas orang yang memegang kelulusan keselamatan AS di Pejabat Pengurusan Kakitangan (OPM) tahun lepas. Xinhua mengatakan penggodaman itu adalah jenayah, bukan arahan kerajaan.