AS, China setujui draf resolusi sekatan Korea Utara

AS, China setujui draf resolusi sekatan Korea Utara

PBB, 25 Feb (Reuters) – Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju mengenai draf resolusi yang akan meluaskan sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara bagi ujian nuklear terbarunya dan berharap untuk meletakkannya untuk diundi dalam masa beberapa hari, kata majlis diplomat semalam.

Bercakap tanpa mahu dikenali, dua diplomat majlis itu berkata Beijing dan Washington mencapai persetujuan mengenai draf itu, yang akan berada dalam 15 ahli majlis tidak lama lagi. Dua kuasa veto telah mengadakan perundingan ke atas respolusi draf itu bagi tujuh minggu berikutan ujian nuclear keempat Pyongyang pada 6 Januari.“Ia adalah draf substantif, panjang dan penuh…yang saya harapkan akan diambil dalam masa beberapa hari,” kata diplomat majlis kanan. “Terdapat sejumlah halangan yang signifikan di antara kedua buah negara…terdapat persetujuan di antara kedua buah negara.”

Draf resolusi itu dijangka akan meminta bagi penyenaraian hitam sejumlah individu dan entiti, kata diplomat. Mereka enggan memberikan maklumat yang terperinci. Kementerian Industri Tenaga Atom, Korea Utara dan Agensi Perkembangan Aeroangkasa Kebangsaan atau ‘NADA’, pertubuhan yang bertanggungjawab bagi pelancaran roket, adalah diantara entity yang dikenakan sekatan, berita Yonhap, Korea Selatan melaporkan.

Biro Peninjauan Agung, sudah dikenakan sekatan oleh AS kerana peranannya yang disyaki dalam serangan siber pada 2014 ke atas Sony Picture, juga dilibatkan dalam senarai hitam, kata Yonhap. Majlis itu dijadualkan untuk membincangkan sekatan Korea Utara hari ini pada 3 petang RT (2000 GMT), kata pejabat akhbar PBB.China dan AS mempunyai pandangan yang berbeza mengenai bagaimana kuatnya respon tersebut kepada Korea Utara memandangkan ujian nuklear Pyongyang bulan lalu dengan Washington menggesa langkah hukuman berat dan Beijing menekankan dialog dan langkah sederhana PBB yang membatasi kepada bukan penularan.

Diplomat–diplomat Barat memberitahu Reuters bahawa larangan akses kepada Korea Utara kepada pelabuhan antarabangsa adalah di antara langkah Washington yang ditekankan Beijing untuk diterima. Washington juga mahu mengetatkan larangan ke atas akses bank –bank Korea Utara kepada sistem kewangan antarabangsa, kata diplomat.

ARTIKEL YANG SAMA