AS cuba bangkit

AS cuba bangkit

PHILADELPHIA, 24 Julai – Ketika berusaha untuk pulih daripada kejutan tewas separuh akhir kepada Jamaica, AS mencari penawar apabila menentang Panama pada Piala Emas untuk merebut tempat ketiga Sabtu ini.

Amerika tewas 2-1 kepada ‘Reggae Boyz’ kelmarin manakala Mexico memerlukan masa tambahan dan dua gol sepakan penalti untuk menundukkan 10 pemain Panama 2-1.

Situasi itu membuka jalan bagi perlawanan saguhati untuk pertemuan ulangan peringkat kumpulan AS-Panama yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 selepas kedua-dua pasukan mengalami kejutan.

Jurulatih Panama Hernan Dario Gomez menyifatkan kekalahan pasukannya sebagai rompakan gara-gara pengendalian buruk pengadil manakala AS pula menerima kekalahan dengan rendah hati walaupun memenangi 22 pertemuan terdahulu.

“Tidak ada pilihan selain menggerakkan diri kami ke hadapan,” kata ketua pasukan AS Michael Bradley. “Jelas sekali ia mengecewakan. Tetapi kami akan bangkit. Tidak ada cara lain untuk pergi.”

Reaksi pemain AS selepas tewas mengejut kepada Jamaica dalam aksi Piala Emas di Georgia Dome kelmarin. - Reuters
Reaksi pemain AS selepas tewas mengejut kepada Jamaica dalam aksi Piala Emas di Georgia Dome kelmarin. – Reuters

Penjaga gol AS Brad Guzan ketika merujuk kepada kemenangan menentang 10 musuh teratas bulan lalu, menang 4-3 di Belanda dan menewaskan Jerman 2-1 berkata, kekalahan itu tidak menghancurkan semangat Amerika.

“Ia mengecewakan tetapi kami akan bangkit. Ia tidak menjadikan kami sebuah pasukan yang buruk,” kata Guzan. “Ia juga tidak memadam banyak kebaikan yang telah kami lakukan. Sama seperti ketika kami mengalahkan Belanda dan Jerman, satu permainan belum dapat menentukan siapa kami sebenarnya.”

Apa yang pasti kekalahan itu mendorong pasukan AS untuk menang Ahad ini untuk mendapatkan tempat dalam Piala Konfederasi 2017 sebagai aksi pemanas badan untuk Piala Dunia Rusia 2018. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA