AS cuba tekan Mexico

AS cuba tekan Mexico

WASHINGTON, 13 Okt – Sejak tempoh 15 tahun lalu, Amerika Syarikat (AS) dan Mexico pasti bersaing dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di tempat sendiri dan setiap kali pertemuan itu pasti dimenangi 2-0 di Columbus, Ohio.

Sekarang aksi pembukaan pusingan akhir di antara musuh sempadan itu hanya sebulan saja lagi, di mana penyokong AS sudah mengamalkan laungan persaingan mereka: “Dos a Cero.”

“Kami bersedia untuk menentang Mexico. Anda tidak akan mendapatkan perlawanan lebih besar bermula di laman sendiri,” kata pemain pertahanan AS, Matt Besler pada Selasa lalu selepas pasukan AS seri 1-1 menentang New Zeland dalam persediaan akhir mereka sebelum bermulanya kelayakan rantau Amerika itu.

Jurulatih AS Jurgen Klinsmann menguji para pemain muda dalam perlawanan itu dan suka dengan apa yang dilihatnya dari Besler, begitu juga dengan penyerang Bayern Munich, Julien Green, 21, dan midfield Sunderland Lynden Gooch, 20, yang membuat kemunculannya bersama pasukan AS.

“Kami mempunyai beberapa persoalan. Kami mendapatkan jawapan,” kata Klinsmann. “Kami menyaksikan banyak perkara sejak 10 tahun lalu yang membantu kami untuk menukar fikiran sebelum pertembungan bersama Mexico. Bukan mudah untuk memilih 23 skuad pemain tetapi ia adalah bagus kami melakukannya dengan cara ini.”

Klinsmann berusaha untuk menganalisis setiap pemain yang ada ketika dia berusaha mendapatkan barisan yang berupaya untuk menghalang bintang Mexico Javier ‘Chicarito’ Hernandez.

“Kami bersedia,” kata Klinsmann. “Pertembungan itu selalu istimewa. Emosi akan begitu tinggi. Setiap pemain tahu sesama sendiri.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA