AS dapat pengajaran

AS dapat pengajaran

PHILADELPHIA, 26 Julai (AFP) – Jurgen Klinsmann masih belum pasti bagaimana pasukan AS kendaliannya yang menewaskan Belanda dan Jerman bulan lalu berada di tangga keempat dalam Piala Emas selepas dua kekalahan memalukan. Tetapi Panama menewaskan AS 3-2 menerusi sepakan penalti selepas seri 1-1 untuk berada di tangga ketiga dalam persaingan bola sepak rantau Amerika Utara yang diadakan setiap dua tahun, bekas bintang Jerman itu berikrar pasukannya akan kembali bangkit.

“Kami boleh memenangi perlawanan ini tetapi kami tidak,” kata Klinsmann. “Kami akan mendapatkan pengajaran daripadanya, menganalisis permainan dan bercakap kepada pemain. Inilah tugasan yang sedang dilakukan.”

Hanya empat hari sebelum itu, Jamaica mengejutkan AS 2-1 dalam separuh akhir. ‘Reggae Boyz’ yang bertemu juara enam kali Mexico pada final Piala Emas hari ini, berada pada kedudukan 1-13 dengan lapan kali seri sebelum menentang pasukan dari Amerika itu yang mengalami kekalahan pertama di tempat sendiri kepada pasukan Caribbean sejak tewas kepada Haiti pada 1969.

Panama, sekarang mencatatkan 1-12 dengan empat seri menentang AS, melengkapkan aib AS dengan kemenangan menerusi penentuan penalti, sekali gus memberikan AS tempat keempat dan keputusan kedua terburuk mereka dalam sejarah Piala Emas selepas tewas suku akhir 2000 kepada Colombia menerusi sepakan penalti.

Jurulatih AS, Jurgen Klinsmann. – AFP
Jurulatih AS, Jurgen Klinsmann. – AFP

“Kami boleh belajar daripada keputusan negatif untuk mendapatkan positif dan terus bergerak,” kata penyerang AS, DeAndre Yedlin. “Saya mahu untuk terus positif. Pada bila–bila masa anda beraksi dengan tekanan, ia jelas amat membantu.”

Panama menang dengan penjaga gol Jaime Penedo dan penjaring terbanyak Luis Tejada yang digantungkan selepas aksi berang dalam kekalahan kontroversi 2-1 separuh akhir kepada Mexico yang memberikan inspirasi kepada skuad Hernan Gomez.

“Adalah penting untuk mendapatkan keputusan ini. Perlawanan sukar berada dalam kumpulan. Tidak ada perkara seperti kejayaan moral. Kami bersedia untuk menjulang trofi,” kata Gomez

“Inilah Piala Emas yang bagus untuk Panama. Mereka beraksi dengan baik dan banyak kemahiran untuk berada dalam kelayakan Piala Dunia. Tujuan saya masih untuk membawa pasukan ini ke Piala Dunia dan kami membuat beberapa langkah ke arah tujuan itu.”