AS denda pengeluar beg udara Jepun

AS denda pengeluar beg udara Jepun

WASHINGTON, 4 Nov (AFP) – Pengatur keselamatan kereta AS mengumumkan denda sivil berjumlah $200 juta ke atas pengeluar beg udara Jepun Takata semalam kerana memberikan maklumat yang tidak mencukupi dan tidak tepat mengenai alat keselamatannya yang berbahaya yang dipasang dalam berjuta-juta kereta.

Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Nasional berkata pengeluar alat ganti kereta Jepun itu telah mengelak daripada mematuhi syarat-syarat laporan,termasuk membuat “keputusan sedar” untuk tidak melaporkan dua kejadian kepada pengatur, meskipun lapan kematian di seluruh dunia kini dikaitkan dengan kerosakan beg udara.

Agensi tersebut berkata syarikat menunjukkan satu pola tingkah laku sedemikian yang wujud sejak 2009, dengan kerajaan AS serta pengeluar kereta yang memasang beg udara dalam kereta mereka.

“Bertahun-tahun lamanya, Takata telah membina dan menjual pengepam yang rosak. Ia enggan mengakui bahawa mereka rosak,” kata Setiausaha Pengangkutan Anthony Foxx.

Pengerusi Bahagian pembekal Jepun Takata Corp yang juga Presiden Shigehisa Takada mendengar soalan pada sidang akhbar di Tokyo semalam. Pengawal selia keselamatan auto AS telah mengumumkan denda sivil berjumlah 200 juta USD terhadap Takata. – AFP
Pengerusi Bahagian pembekal Jepun Takata Corp yang juga Presiden Shigehisa Takada mendengar soalan pada sidang akhbar di Tokyo semalam. Pengawal selia keselamatan auto AS telah mengumumkan denda sivil berjumlah 200 juta USD terhadap Takata. – AFP

“Penangguhan, penyalaharahan dan keengganan mengakui kebenaran membenarkan beberapa masalah serius bertukar menjadi krisis besar.”

Namun NHTSA berkata disebabkan Takata telah memberikan kerjasama yang lebih dalam beberapa bulan ini, ia perlu membayar $70 juta, dengan jumlah tambahan dikenakan hanya jika ia mencabul arahan NHTSA selanjutnya atau Akta Keselamatan Kenderaan Motor AS.

“Syarikat ini cuba berpulih sekarang dan kami akan memastikan mereka melakukannya,” kata Foxx.

Saham Takata yang disenarai di Tokyo merosot dalam perniagaan awal hari ini, merosot hampir 10 peratus sebagai respon terhadap pengumuman AS.