AS desak ‘hidupkan’ proses perdamaian Syria

AS desak ‘hidupkan’ proses perdamaian Syria

BEIRUT, 20 Nov (AFP) – AS sedang mendesak untuk menghidupkan proses perdamaian Syria semalam, berkata masa depan Presiden Assad al-Assar akan diputuskan pada minggu-minggu akan datang, selepas pemimpin itu menolak satu jadual masa untuk melucutkan kuasa.

Diplomat tertinggi dari 17 buah negara pada minggu lalu bersetuju dengan satu rangka kerja untuk menubuhkan sebuah kerajaan sementara, perlembagaan baru dan mengadakan pilihan raya di bawah satu pelan untuk menamatkan konflik berusia lebih empat tahun yang telah mengorbankan 250,000 orang.

Warga Syria dijangka memulakan perbincangan politik pada tahun baru, memulakan satu proses yang diharapkan oleh Washington akan membenarkan peserta asing untuk menumpu serangan mereka pada kumpulan Islamic State yang berada di sebalik serangan Paris pada minggu lalu.

Jurucakap Jabatan Negara AS John Kirby berkata peranan Assad akan ditentukan pada rundingan akan datang, tetapi mengulang presiden Syria mesti meletak jawatan sebagai prasyarat untuk mana-mana proses perdamaian.

Beberapa jam sebelum itu, Presiden AS Barack Obama berkata ketika satu lawatan ke Manila bahawa beliau tidak dapat “meramalkan keadaan di mana kami boleh menamatkan perang saudara di Syria sementara Assad masih berkuasa.”

Menekankan kesan sampingan antarabangsa akibat konflik Syria, Perancis, masih berpulih daripada serangan yang dirancang oleh pelampau Islamic State pada Jumaat yang meragut 129 nyawa dalam serangan keganasan paling teruk di negaranya, meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mempertingkat pertempuran menentang pejuang jihad itu.