AS digesa perangi Syria

AS digesa perangi Syria

WASHINGTON, 17 Jun (AFP) – Berbelas-belas orang diplomat AS berpendapat Amerika seharusnya melancarkan serangan tentera ke atas kerajaan Syria, menurut dokumen Jabatan Negara, yang menyimpang daripada dasar Presiden Barack Obama berhubung perang saudara berdarah itu.

Kabel saluran yang digelar ‘saluran penentang’ menggesa serangan ke atas rejim Bashir al-Assad bagi pencabulan berterusannya ke atas gencatan senjata goyah yang bermatlamat menamatkan konflik lima tahun itu.

Ia muncul ketika pasukan Rusia mengebom militia yang disokong AS di Syria, yang menekankan kekusutan gabungan dalam perang yang mana Moscow berusaha menguatkan rakan serantau utamanya itu.

Kabel itu yang ditandatangani oleh diplomat-diplomat peringkat kerja, menuntut ‘penggunaan bijak perbalahan dan senjata udara,” menurut New York Times dan memperlihatkan perpecahan dalam lingkungan dasar Washington.

Dengan hanya tinggal tujuh bulan dalam jawatannya dan jelas tidak suka berdepan kebuntuan dalam konflik Timur Tengah, Obama telah menunjukkan kurang keinginan bagi tindakan seumpama itu.

Tetapi dasar alternatif pentadbiran – untuk bekerjasama dengan Rusia untuk memperoleh gencatan senjata dalam perang saudara lima tahun Syria dan rundingan berhubung peralihan politik – hanya sedikit meraih perkembangan ke hadapan.

Dasar itu telah menerima tamparan hebat seterusnya lagi apabila sekutu Assad, iaitu Rusia melancarkan serangan di selatan Syria, menurut Pentagon.

“Hari ini pesawat udara Rusia melancarkan siri-siri serangan udara berhampiran al-Tanf ke atas pasukan cegah ISIL Syria yang termasuklah individu yang telah menerima sokongan AS,” menurut pegawai kanan pertahanan AS yang mahu merahsiakan identitinya.

ISIL adalah nama alternatif Kumpulan IS.