AS, Eropah batalkan sekatan ke atas Iran

AS, Eropah batalkan sekatan ke atas Iran

WASHINGTON, 19 Okt – Amerika Syarikat dan Eropah mula bersiap sedia untuk membatalkan sekatan perniagaan yang telah menjejas ekonomi Iran semalam, tatkala perjanjian nuklear bersejarah berkuatkuasa.

Prosedur untuk membatalkan sekatan bermula 90 hari selepas Majlis Keselamatan PBB meluluskan perjanjian yang ditandatangani di Vienna pada Julai, satu peristiwa bersejarah yang dirujuk sebagai ‘Hari Pelaksanaan’.

Namun firma asing tidak dapat meneruskan hubungan dengan industri minyak Iran dan bank – sekatan mesti dikuatkuasa sehingga Iran memenuhi segala syaratnya.

Peringkat seterusnya dalam proses ‘hari pelaksanaan’ hanya akan berlaku apabila pemerhati nuklear PBB IAEA mengesahkan Iran telah mengurangkan program nuklearnya.

Iran berkata proses yang lama itu mungkin bermula pada minggu ini.

Helga Schmid dan Perwakilan Iran Seyed Abbas Araqchi (dua kanan) dan Majid Takht Ravanchi (kiri) semasa mesyuarat pertama peringkat Pengarah Politik di Palais Cobourg, Vienna semalam. - AFP
Helga Schmid dan Perwakilan Iran Seyed Abbas Araqchi (dua kanan) dan Majid Takht Ravanchi (kiri) semasa mesyuarat pertama peringkat Pengarah Politik di Palais Cobourg, Vienna semalam. – AFP

Hari ini, wakil perjanjian Britain, China, perancis, Jerman, Rusia dan Amerika Syarikatakan bertemu di Vienna untuk menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyelia pelaksanaan perjanjian.

Tehran perlu menyerah atau mengurangkan stok bahan api nuklear, merobohkan sebahagian besar alat pengempar dan menghentikan reaktor yang berupaya menghasilkan plutonium.

Hanya selepas itu ‘penepian’ sekatan yang diarahkan dikeluarkan oleh Presiden AS Barrack Obama kepada semalam berkuatkuasa dan perniagaan boleh bermula sekali lagi.

“Hari ini menandakan satu peristiwa bersejarah dalam menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear dan memastikan program nuklearnya akan dilaksanakan dengan aman,” kata Obama dalam satu kenyataan. – AFP