AS, Filipina perhebat latihan perang

AS, Filipina perhebat latihan perang

CAPAS, Filipina, 14 April (AFP)– Peluncur berapi menerangi langit Filipina dari sistem peluru berpandu jarak jauh canggih Amerika Syarikat hari ini, dalam latihan perang yang berhasrat untuk merangsang perikatan tentera mereka ekoran sifat pendesak China yang semakin meningkat.

Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS) merupakan kemuncak latihan serangan simulasi daripada 5,500 tentera AS dan Filipina, melancarkan enam peluru berpandu pada sasaran jauh dari sebuah dasar sungai kontang yang jauhnya tiga jam memandu dari Manila.

Jet Filipina S211 dan helikopter penyerang US Marin Cobra juga berlegar-legar di ruang latihan Crow Valley ketika tentera Filipina dan AS bertindak atas imaginasi penawanan wilayah yang ditahan dalam musuh.

Latihan itu mementaskan bayangan pertikaian membarah antara sekutu AS dan negara gergasi China serantau berhubung pulau, terumbu dan perairan di Laut China Selatan yang kaya sumber.

Tentera AS menembak roket HIMARS semasa satu latihan ketenteraan dengan tentera Filipina yang dikenali sebagai ‘Balikatan’ (bahu ke bahu) di Capas, Tarlac di utara Filipina, Kelmarin. – AFP
Tentera AS menembak roket HIMARS semasa satu latihan ketenteraan dengan tentera Filipina yang dikenali sebagai ‘Balikatan’ (bahu ke bahu) di Capas, Tarlac di utara Filipina, Kelmarin. – AFP

“Kebenaran mengenai hal ehwal itu ialah kami adalah sekutu dan sebagai sekutu, kita perlu untuk bekerja sama,” kata Leftenan Jeneral John Toolan, komander US Marin Corps Pacific memberitahu para wartawan, merujuk kepada sistem peluru berpandu itu. “Saya rasa kami akan lebih gembira untuk berkongsi,” katanya apabila ditanya jika AS akan mengerahkan HIMARS kepada Filipina jika berlakunya konflik bersenjata berhubung Laut China Selatan. Jarak sistem itu adalah sekitar 300 kilometer (186 batu), kata Toolan, bermaksud ia boleh menghentam kapal sejauh dari daratan Filipina. Filipina telah meningkatkan hubungan pertahanannya dengan AS untuk membantu meningkatkan keupayaan bagi mempertahankan wilayahnya.

ARTIKEL YANG SAMA