AS gesa Arab Saudi hormati kebebasan bersuara

AS gesa Arab Saudi hormati kebebasan bersuara

WASHINGTON, 22 Okt – Amerika Syarikat Rabu lalu menggesa Arab Saudi untuk menghormati hak kebebasan bersuara selepas Riyadh memenjarakan beberapa orang pembangkang.

“Kita bimbang dengan laporan bahawa mahkamah Saudi baru-baru ini telah menghukum beberapa anggota Sivil Saudi dan Persatuan Hak Politik (ACPRA) dengan hukuman penjara lapan hingga 10 tahun atas kesalahan menubuhkan sebuah pertubuhan hak asasi manusia dan mengkritik kerajaan,” Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Mark Toner berkata.

Arab Saudi Isnin lalu telah memenjarakan seorang aktivis hak sivil Abdulkareem al-Khoder selama 10 tahun dengan menggunakan undang-undang anti-keganasan yang direka untuk menyekat kebebasan bersuara, menurut Amnesty International.

Khoder merupakan salah seorang daripada 11 ahli pengasas ACPRA yang sudah di penjara atau dalam perbicaraan bagi menuntut pembaharuan politik dan hak asasi manusia di Arab Saudi, kata pemerhati yang berpangkalan di London.

“Kami menggesa Kerajaan Arab Saudi untuk menegakkan hak asasi kebebasan bersuara untuk semua rakyatnya,” kata Toner. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA