AS gesa Habsyah bebas wartawan dipenjara

AS gesa Habsyah bebas wartawan dipenjara

WASHINGTON, 31 Dis (AFP) – Rumah Putih meminta Habsyah untuk menghentikan penggunaan undang-undang anti pengganasnya yang kontroversi untuk menjatuhkan hukuman penjara kepada wartawan semalam, dalam satu teguran jelas bagi sekutu utama AS itu di Afrika.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Ned Price tidak menamakan wartawan yang dikatakan AS itu, tetapi dia bercakap di tengah-tengah tindakan tegas Habsyah ke atas penentang.

“Kami merasa bimbang dengan penahanan baru-baru ini terhadap wartawan lain di Habsyah,” kata Price.

“Kami menggesa Kerajaan Habsyah untuk membebaskan wartawan dan semua banduan lain kerana mengamalkan hak mereka untuk bebas bersuara,” tambahnya.

Rumah Putih menggesa Habsyah “untuk mengekang daripada menggunakan Pengisytiharan Anti Pengganas sebagai mekanisme untuk mendiamkan penentang dan melindungi hak wartawan, blogger dan penentang untuk menulis dan bercakap secara bebas sebagai suara berlainan negara.”

Pada 19 Disember, Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan melaporkan bahawa pasukan keselamatan Habsyah telah membunuh sekurang-kurangnya 75 penunjuk perasaan dengan tembakan peluru hidup ketika bantahan anti kerajaan serantau beberapa minggu.