AS gesa Iran serah AS$2b aset

AS gesa Iran serah AS$2b aset

WASHINGTON, 21 April – Mahkamah Tinggi AS semalam memerintahkan bahawa Iran mesti menyerahkan hampir AS$2bilion dalam aset-aset yang telah dibekukan, kepada para mangsa yang terselamat dan anggota keluarga mangsa yang telah terbunuh dalam serangan yang mana republik Islam itu dipersalahkan atas serangan itu.

Dalam keputusan 6-2, mahkamah menyokong perintah yang menyokong para mangsa dan anggota keluarga 241 anggota perkhidmatan AS yang terbunuh dalam pengeboman tahun 1983 ke atas berek Marin AS di Beirut, pengeboman Menara Khobar tahun 1006 yang membunuh 19 warga Amerika di Arab Saudi dan serangan-serangan lain yang mana Iran dipersalahkan ke atas serangan itu. Lebih 1,000 orang warga Amerika dilibatkan oleh keputusan itu.

Hakim Ruth Bader Ginsburg menulis pendapat mahkamah yang menolak usaha bank pusat Iran untuk menyekat pembayaran kepada para mangsa dan anggota keluarga.

“Kami sangat gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi, yang akan membawa kelegaan yang terlewat bagi lebih 1,000 mangsa pengganasan Iran dan anggota keluarga mereka, ramai yang telah menanti berabad-abad lamanya bagi tebus rugi itu,” kata Theodore Olson, bekas peguam cara AS yang mewakili para anggota keluarga mangsa. – AFP