AS hantar 600 tenteranya ke Iraq

AS hantar 600 tenteranya ke Iraq

ALBUQUERQUE, Amerika Syarikat, 29 Sept – Amerika Syarikat menghantar kira-kira 600 tentera tambahannya ke Iraq untuk melatih pasukan tempatan untuk memerangi kubu kuat kumpulan Negara Islam (IS) di Mosul, kata Setiausaha Pertahanan Ashton Carter, kelmarin.

IS merampas Mosul bersama dengan kawasan-kawasan lain pada bulan Jun 2014, tetapi anggota tentera Iraq telah meningkatkan usaha mereka untuk memerangi kumpulan berani mati itu dan sedang bersiap sedia untuk merebut kembali bandar kedua terbesar Iraq. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA