AS hantar bantuan kepada Myanmar

AS hantar bantuan kepada Myanmar

YANGON/Kuala Lumpur, 5 Ogos (Reuters) – Amerika Syarikat akan mengumumkan pakej bantuan bagi Myanmar untuk membantu negara itu menyediakan bantuan bagi beratus-ratus ribu orang yang terjejas akibat banjir, menurut Setiausaha Negara John Kerry hari ini.

Isnin lalu kerajaan Myanmar merayu bagi bantuan antarabangsa untuk mengukuhkan usaha bantuan. Bercakap di Kuala Lumpur, Kerry berkata kedutaan AS di Yangon sedang bekerjasama rapat dengan para pegawai Myanmar untuk memastikan keutamaan bagi bantuan.

“Kami melahirkan harapan kami bahawa impak ini boleh dengan jelas ditangani dengan kehilangan nyawa dan gangguan minimum seterusnya,” Kerry memberitahu pada rundingan dengan menteri-menteri luar Asia Tenggara yang dipengerusikannya bersama menteri luar Myanmar Wunna Maung Lwin.

Lebih 250,000 orang terjejas dan 68 orang terkorban dalam banjir yang melanda minggu lalu akibat hujan monsun, menurut Kementerian Kebajikan Sosial, Bantuan dan Penempatan Semula. Akhbar Myanma Ahlin yang menyiarkan kenyataan kementerian itu, juga melaporkan bahawa air telah naik melepasi alur limpah di 40 empangan seluruh negara.

Rayuan Myanmar bagi bantuan antarabangsa menandakan perubahan besar dari 2008 apabila kerajaan tentera pada masa itu menghindari kebanyakan bantuan luar selepas kejadian Taufan Nargis, yang mengakibatkan 130,000 kematian.

ARTIKEL YANG SAMA