AS, Israel meterai perjanjian ketenteraan AS$38 bilion

AS, Israel meterai perjanjian ketenteraan AS$38 bilion

WASHINGTON, 15 Sept – Amerika Syarikat (AS) dan Israel semalam menandatangani perjanjian bantuan ketenteraan baru dengan memberikan ketenteraan Israel AS$38 bilion dari tahun fiskal 2019 hingga 2028 buat julung kalinya.

Perjanjian baru 10 tahun itu, yang merupakan satu janji bantuan ketenteraan terbesar dalam sejarah AS, termasuklah AS$33 bilion dalam dana Pembiayaan Ketenteraan Asing dan komitmen 5 bilion dalam bantuan pertahanan peluru berpandu. Perjanjian baru itu dikenali sebagai Memorandum Persefahaman, yang menggantikan perjanjian AS$30 bilion yang telah ditandatangani pada tahun 2007, akan mansuh pada akhir tahun fiskal 2018.

Perjanjian itu ditandatangani di Jabatan Negara AS oleh pemangku penasihat keselamatan kebangsaan Jacob Nagel dan Thomas Shannon, Penolong Setiausaha Negara AS. Penasihat keselamatan kebangsaan Presiden AS Barack Obama, Susan Rice juga hadir pada majlis penandatanganan itu. Perjanjian baru itu ‘hanyalah bayangan terkini komitmen berterusan saya kepada keselamatan Kerajaan Israel,” Obama berkata dalam satu kenyataan semalam.

“Komitmen kepada keselamatan Israel ini tidak goyah dan adalah berdasarkan kebimbangan berkekalan bagi kebajikan orang Israel dan masa depan Kerajaan Israel,” tambah Obama lagi.

Presiden AS juga menyeru lebih banyak usaha untuk menggerakkan penyelesaian dua kerajaan kepada konflik yang berterusan antara Palestin dan Israel, di sebalik “trend yang semakin membimbangkan di sana yang menjejaskan matlamat ini.” – Xinhua