AS juara Piala Dunia Wanita

AS juara Piala Dunia Wanita

VANCOUVER, 6 Julai (AFP) – Amerika Syarikat (AS) menggondol Piala Dunia Wanita 2015 selepas menewaskan penyandang juara, Jepun 5-2 pada perlawanan final di BC Place, di sini pagi tadi.

AS terlebih dahulu mencipta kejutan apabila mendahului seawal minit ke-3 menerusi kaptennya, Carli Lloyd dan lebih manis lagi dia merakam hatrik dalam masa hanya 16 minit.

Gol kedua Lloyd menyusul pada minit ke-5 dan sebelum rakan sepasukan, Lauren Holidau menyumbat gol ketiga pada minit ke-14. Kemudian giliran Llyod menyudahkan hatriknya pada minit ke-16.

Sebelum tirai separuh masa kedua ditutup, Jepun bangkit untuk meledak gol pertama mereka menerusi Yuki Ogimi pada minit ke-27 untuk menjadikan kedudukan 4-1.

Masuk babak kedua, kesilapan hantaran belakang Julie Johnston pada minit ke-52 menyebabkan bola masuk ke gawang sendiri, namun AS terus mengasak untuk memperoleh gol kelima pada minit ke-54 menerusi Tobin Heath.

Pemain AS meraikan kemenangan selepas menundukkan Jepun pada final Piala Dunia Wanita 2015 di Stadium BC Place, Vancouver, Kanada, pagi tadi. – AFP
Pemain AS meraikan kemenangan selepas menundukkan Jepun pada final Piala Dunia Wanita 2015 di Stadium BC Place, Vancouver, Kanada, pagi tadi. – AFP

Gol Jepun dijaringkan oleh Julie Johnston (gol sendiri) pada minit ke-52 dan Yuki Ogimi pada minit ke-27 sementara gol AS pula dijaringkan oleh Carli Lloyd seawal minit kedua, kelima dank e-16; Lauren Holiday menambah jaringan pada minit ke-14 dan Tobin Heath pula menemui sasarannya pada minit ke-54.

ARTIKEL YANG SAMA