AS ke separuh akhir

AS ke separuh akhir

SEATTLE, 17 Jun (AP) – Clint Dempsey meledak gol dalam tiga perlawanan berturut-turut dan mengumpan bola kepada Gyasi Zardes untuk gol kedua ketiga menewaskan Ecuador 2-1 sebentar tadi.

Kemenangan itu meletakkan Amerika Syarikat (AS) sebagai pasukan pertama layak ke kelompok empat terakhir kejohanan kali ini yang pertama kali diadakan di luar Amerika Selatan.

Bermain di hadapan penyokong sendiri di stadium CenturyLink Field, AS memenangi perlawanan kalah mati keduanya ke atas pasukan dari luar rantaunya dan akan bertemu pemenang antara Argentina dan Venezuela yang akan bertemu di Houston esok.

Kedua-dua pasukan terpaksa bermain dengan 10 orang sepanjang babak kedua apabila pemain tengah AS Jermaine Jones dan pemain sayap Ecuador, Antonio Valencia dibuang padang di awal babak kedua.

Pemain AS meraikan kejayaan selepas menewaskan Ecuador dalam aksi suku akhir Copa America Centenario di Seattle, Washington, kelmarin. – AFP
Pemain AS meraikan kejayaan selepas menewaskan Ecuador dalam aksi suku akhir Copa America Centenario di Seattle, Washington, kelmarin. – AFP

pg20_160618_CopaAmericaLogo

Jones akan digantung pada aksi separuh akhir nanti bersama gandingan tengahnya Alejandro Bedoya dan Bobby Wood yang menerima kad kuning kedua dalam kejohanan.

Gol antarabangsa ke-52 Dempsey, lima gol di belakang pemegang rekod Landon Donovan, meletakkan AS di depan pada minit ke-22 dan Zardes menyempurnakan hantaran Dempsey pada minit ke-65 untuk gol kedua.

Michael Arroyo merapatkan jurang pada minit ke-74 dengan Enner Valencia terlepas beberapa peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan.

ARTIKEL YANG SAMA