AS ke suku akhir Copa America

AS ke suku akhir Copa America

PHILADELPHIA, 12 Jun (AFP) – Amerika Syarikat (AS) mengesahkan slot ke suku akhir Copa America Centenario selepas jaringan Clint Dempsey membantu pasukan itu untuk menewaskan Paraguay 1-0, hari ini.

Dempsey membuka tirai jaringan buat tuan rumah untuk di depan pada minit ke-27 dalam aksi Lincoln Financial Field, sekali gus memastikan mereka layak ke kelompok lapan terbaik daripada Kumpulan A bersama Colombia yang menentang Costa Rica jam 10 pagi tadi waktu Malaysia.

Bagaimanapun, anak buah Jurgen Klinsmann terpaksa bekerja keras bagi mempertahankan gol tunggal itu terutama di babak kedua selepas DeAndre Yedlin dilayangkan kad merah yang menyaksikan pasukan berkenaan beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh lebih 40 minit.

Amerika Syarikat mengesahkan tempat di suku setelah menewaskan Paraguay 1-0. – AFP
Amerika Syarikat mengesahkan tempat di suku setelah menewaskan Paraguay 1-0. – AFP

pg22_160613_CopaAmericaLogo

Paraguay melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang gol AS tetapi kekebalan benteng pertahanan tuan rumah menyaksikan mereka gagal memecah kebuntuan bagi mencari gol penyamaan.

Kekalahan itu menyaksikan Paraguay mengalami prestasi paling buruk dalam saingan Copa America sejak 2001 kali terakhir mereka gagal melepasi peringkat kumpulan.

Klinsmaan menurunkan kesebelasan utama yang sama untuk perlawanan ketiga berturut-turut dengan formasi 4-4-4.

ARTIKEL YANG SAMA