AS kemuka permohonan ekstradisi 7 pegawai FIFA

AS kemuka permohonan ekstradisi 7 pegawai FIFA

FBL-FIFA-CORRUPTION-SWITZERLAND-US-FILES

ZURICH, 2 Julai (Agensi) – Amerika Syarikat (AS) mengemukakan permohonan kepada Switzerland untuk mengekstradisi tujuh pegawai kanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang ditahan di sini, pada Mei lalu, atas dakwaan rasuah.

Ketika mengesahkan perkembangan itu di sini, Pejabat Persekutuan Keadilan Switzerland (FOJ) berkata, pihaknya menerima permohonan itu semalam.

Semua pegawai berkenaan ditahan dalam serbuan di sebuah hotel mewah di sini, pada 27 Mei lalu, dua hari sebelum Kongres Tahunan FIFA berlangsung, sekali gus membuatkan badan induk bola sepak dunia itu berada dalam kekalutan.

Mereka yang turut merangkumi penyandang jawatan tertinggi dalam FIFA itu disiasat atas dakwaan rasuah membabitkan nilai lebih AS$100 juta.