AS, Korea Selatan kongsi maklumat perisikan

AS, Korea Selatan kongsi maklumat perisikan

SEOUL, Korea Selatan, 5 Feb – Pihak berkuasa pertahanan Korea Selatan, AS dan Jepun hari ini mengadakan persidangan melalui video untuk berkongsi perisikan untuk bersiap sedia bagi rancangan Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) (Korea Utara) untuk melancarkan roket jarak jauh.

Seorang pegawai tentera Korea Selatan yang tidak didedahkan identitinya dipetik oleh agensi berita Yonhap sebagai berkata bahawa ketiga-ketiga negara itu telah mengadakan persidangan peringkat timbalan ketua jabatan melalui video seperti yang dijadualkan awal pagi ini.

Pegawai-pegawai kanan ketenteraan dari ketiga-tiga sekutu telah berkongsi perisikan berkaitan pelancaran peluru berpandu DPRK, sementara menilai situasi masa kini sebelum pelancaran peluru berpandu balistik jarak jauh Pyongyang, menurut laporan itu.

Perhubungan perkongsian perisikan diadakan ketika DPRK mengumumkan rancangannya pada Selasa depan untuk melancarkan roket jarak jauh antara 8-25 Februari untuk menghantar satelit pemerhatian ke orbit.

Pengumuman dibuat di tengah rundingan yang sedang berjalan di Majlis Keselamatan PBB untuk menambah sekatan baru ke atas DPRK ekoran dakwaannya pada 6 Januari bahawa ia telah menguji bom hidrogen pertamanya.

Korea Selatan, AS dan Jepun bertukar-tukar perisikan tentang peluru berpandu jarak jauh DPRK dalam rangka perjanjian perkongsian perisikan yang telah ditandatangani dalam lewat 2014 oleh ketiga-tiga negara, menurut pegawai tentera Seoul. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA