AS kurangkan 40,000 anggota tentera

AS kurangkan 40,000 anggota tentera

WASHINGTON, 8 Julai (AFP) – Amerika Syarikat akan mengurangkan 40,000 anggota tenteranya dalam tempoh dua tahun lagi sama ada yang berkhidmat di dalam negara atau negara luar, demikian menurut pegawai pertahanan.

Langkah itu termasuk dalam pelan pengurangan kos kerajaan dengan menyaksikan jumlah tentera akan dikurangkan menjadi 450,000 sahaja pada penghujung tahun 2017 dalam belanjawan tahunan negara.

Laporan USA Today berkata, secara perbandingan, jumlah askar Amerika melonjak kepada 570,000 yang terdiri lelaki dan wanita ketika kemuncak peperangan Iraq dan Afghanistan.

Akhbar itu berkata, kira-kira 17,000 lagi orang awam berkhidmat dalam angkatan tentera yang juga akan dikurangkan, demikian disahkan pegawai tentera mengesahkan laporan USA Today.

Akhbar itu memetik satu dokumen yang diperoleh dan pengurangan itu adalah sebahagian daripada langkah penjimatan.

Langkah itu akan meliputi jawatan di semua peringkat sama ada domestik dan juga luar negara, lapor USA Today.

ARTIKEL YANG SAMA