AS kutuk serangan ganas di Turki

AS kutuk serangan ganas di Turki

WASHINGTON, 11 Ogos – Amerika Syarikat semalam mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di tenggara Turki dan mengesahkan komitmennya untuk menyokong sekutunya dalam memerangi keganasan.

Enam orang terbunuh dan 54 lagi cedera semalam dalam dua serangan berasingan yang dilancarkan oleh Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di tenggara Turki, lapor media tempatan.

“Amerika Syarikat mengecam sekeras-kerasnya serangan pengganas hari ini di tenggara Turki. Kami mendoakan keluarga mangsa dan orang-orang yang terbunuh, dan kami ingin mereka yang tercedera supaya diberikan kesembuhan secepatnya,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Ned Price dalam satu kenyataan.

“Kami tetap teguh dalam sokongan kami untuk Turki, sekutu NATO kita dan rakan kongsi, yang telah mengalami beberapa serangan pengganas baru-baru ini, dan juga satu percubaan ganas pada 15 Julai,” kata Price.

Rampasan kuasa tentera telah mengakibatkan hubungan dingin antara Turki dan Amerika Syarikat tatkala Ankara menyalahkan Washington kerana berada di sebalik dalang rampasan kuasa tersebut.

Pada masa yang sama, Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter turut mengutuk serangan itu, yang dia berkata serangan itu telah menyasarkan anggota keselamatan Turki.

Reaksi pantas AS untuk serangan-serangan keganasan di Turki nampaknya bertujuan untuk membaiki hubungannya yang tegang dengan Ankara, sekutu NATO utama dan sebahagian besar daripada gabungan AS itu dalam memerangi kumpulan pengganas Negara Islam, menurut laporan media. – Xinhua