AS laksana satu lagi hukuman mati

AS laksana satu lagi hukuman mati

WASHINGTON, 3 Nov (AFP) – Negeri Missouri, Amerika Syarikat hari ini merancang melaksanakan hukuman mati ke atas seorang lelaki meskipun dia menghidap ketumbuhan otak dan berkata menghukum mati lelaki itu dengan suntikan maut akan mengakibatkan kesakitan yang amat teruk.

Semua rayuan Ernest Johnson, 55 tahun telah ditolak dan dijadualkan menjalani hukuman mati selepas pukul 6 petang.. Johnson telah disabitkan bersalah membelasah tiga orang hingga mati di sebuah stesen minyak pada tahun 1994. Dia mengalami ketumbuhan otak yang pertumbuhannya perlahan yang sebahagiannya telah dibuang pada tahun 2008.

Pelaksanaan hukuman mati akan dijalankan dengan dadah termasuklah pentobarbital, yang mengebaskan sistem saraf utama termasuklah beberapa bahagian otak.

Peguam-peguam Johnson berkata penggunaan dadah ini akan mengakibatkannya mengalami kekejangan dan kesakitan yang tidak tertahankan. Pindaan ke 8 Perlembagaan AS menegah ‘penghukuman kejam dan luar biasa’

Peguam-peguam Johnson juga berkata pelaksanaan hukuman mati ke atasnya di bilik gas akan mengurangkan peluang dia akan mengalami kesakitan yang amat sangat.

Dalam perintah minggu lalu, mahkamah di Missouri mengakui Johnson mungkin berdepan kematian dengan kesakitan yang teramat sangat yang menyalahi perlembagaan. Namun menurutnya Johnson tidak mencadangkan sebarang alternatif yang akan membolehkan pelaksanaan hukuman mati ke atasnya dijalankan dengan cepat. Dengan itu hakim menolak rayuannya.

ARTIKEL YANG SAMA