AS lancar pengebom supersonik

AS lancar pengebom supersonik

SEOUL, Korea Selatan, 21 Sept – Amerika Syarikat (AS) hari ini menerbangkan dua pengebom supersonik di ruang udara sekutunya, Korea Selatan buat kali kedua dalam tempoh berminggu-minggu dalam memperlihatkan kemantapan ekoran ujian nuklear terbaru Korea Utara awal bulan ini.

Pasukan Forces Korea AS berkata salah sebuah dari dua pengebom B-1B telah mendarat di Pangkalan Udara Osan, 120 kilometer dari sempadan dengan Korea Utara, tetapi tidak menyatakan bila ia akan kembali ke Pangkalan Angkatan Udara Andersen di Guam.

Penerbangan seumpama itu adalah lumrah apabila perseteruan meningkat di Semenanjung Korea yang secara teknikal dalam keadaan berperang kerana Perang Korea 1950-53 berakhir dengan gencatan senjata, bukan perjanjian damai.

AS juga menerbangkan dua pengebom B-1B di ruang udara Korea Selatan pada 13 September lalu.

“Apa yang kami perlihatkan hari ini ialah hanyalah satu alat yang perlu kami pilih dari barisan pilihan yang banyak.

A

“Gabungan semakin kukuh setiap hari dan kami terus bersedia untuk mempertahankan dan untuk mengekalkan keselamatan Semenanjung Korea dan rantau ini,” Lt Jeneral Thomas Bergeson, pemerintah Pasukan Udara AS ke-7 di Korea Selatan, berkata dalam satu kenyataan.

Korea Utara menggunakan penerbangan seumpama itu dan kehadiran ketenteraan Amerika di Korea Selatan dalam propagandanya sebagai bukti perseteruan AS, yang menurutnya adalah alasan ia perlukan senjata nuklear.

Selepas penerbangan minggu lalu, agensi berita rasmi Korea Utara, Korean Central News Agency menyifatkan B-1B sebagai ‘kaedah terkenal perang nuklear’ dan menuduh AS memilih ‘ancaman nuklear dan peras ugut,” ke atas Korea Utara.

B-1B pada masa ini tidak membawa senjata nuklear di bawah perjanjian perlucutan senjata, dan beberapa pakar AS tidak menganggapnya sebagai nuklear yang mampu dalam tatarajah semasanya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA