AS larang penggunaan Galaxy Note 7 dalam pesawat

AS larang penggunaan Galaxy Note 7 dalam pesawat

WASHINGTON, 9 Sept – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS menggesa para penumpang kelmarin untuk tidak menghidupkan atau mengecas telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 di pesawat berikutan laporan letupan bateri yang rosak, baru-baru ini.

Pembuat telefon pintar Korea Selatan minggu lalu menggantung dan menarik semula 2.5 juta unit telefon pintar tersebut berikutan laporan yang diterima.

“Berdasarkan insiden baru-baru ini dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Samsung mengenai peranti Galaxy Note 7 itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan menasihatkan penumpang untuk tidak menghidupkan atau mengecas alat-alat itu di dalam kapal terbang dan tidak menyimpannya dalam mana-mana bagasi berdaftar,” kata FAA dalam satu kenyataan.

Qantas dan Virgin Australia juga memberitahu pelanggan semalam untuk tidak menggunakan atau mengecas peranti itu pada pesawat mereka.

Samsung adalah pembuat telefon pintar yang terbaik di dunia, mengatasi saingan Apple Amerika. – AFP

Gambar fail bertarikh 28 Julai 2016 menunjukkan aplikasi yang terdapat pada Samsung Galaxy Note 7 yang dipamerkan di New York. – AP
Gambar fail bertarikh 28 Julai 2016 menunjukkan aplikasi yang terdapat pada Samsung Galaxy Note 7 yang dipamerkan di New York. – AP