AS: Lebih RM1 bilion untuk keupayaan maritim di Asia Tenggara

AS: Lebih RM1 bilion untuk keupayaan maritim di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) – Amerika Syarikat sedang menyediakan lebih AS$250 juta (RM1.095 bilion) untuk tempoh dua tahun bagi membangunkan keupayaan dan keselamatan maritim di rantau Asia Tenggara.

Kenyataan Pejabat Setiausaha Akhabar White House yang disiarkan dalam laman web White House menyatakan penerima dana tersebut ialah Filipina, Vietnam, Indonesia dan Malaysia.

Amerika Syarikat akan memperuntukkan AS$119 juta (RM521.62 juta) untuk tahun kewangan (FY) 2015 dan bantuan berjumlah AS$140 juta (RM613.67 juta) untuk FY2016 tertakluk kepada proses peruntukan, menurut kenyataan itu.

“Kita sedang meningkatkan kapasiti keselamatan maritim sekutu-sekutu dan rakan kongsi kami bagi memberi respons terhadap ancaman di perairan negara mereka serta menyediakan keselamatan maritim secara meluas di rantau itu.

“Kami bukan sahaja tertumpu untuk meningkatkan keupayaan tetapi juga membantu rakan kongsi kami membangunkan infrastruktur yang perlu dan sokongan logistik, memperkukuhkan institusi serta meningkat kemahiran praktikal bagi membangunkan pasukan maritim yang mapan dan berkebolehan,” menurutnya.

Ia berkata kehadiran Amerika Syarikat telah menyokong keperluan kestabilan dan keterbukaan untuk aliran sumber dan perdagangan tanpa halangan di laluan laut di rantau Asia yang merupakan isu kritikal dalam mencapai kejayaan ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Dalam usaha memperluaskan usaha-usaha membina keupayaan bidang maritim serantau, kenyataan itu menyebut Amerika Syarikat akan membangun dan membiayai program keselamatan maritim serantau bagi memberi respons pantas terhadap cabaran-cabaran yang sentiasa berubah.

Ia berkata Inisiatif Keselamatan Maritim Asia Tenggara merupakan usaha baharu bagi kerjasama dengan sekutu dan rakan kongsi bagi membina kesedaran yang akan membantu negara-negara berkongsi maklumat, mengenal pasti ancaman yang berpotensi dan bekerjasama untuk menangani cabaran bersama.

Ia berkata Filipina merupakan penerima terbesar bantuan keselamatan maritim dengan menerima AS$79 juta (RM345.23 juta) bagi FY2015.

Bantuan tersebut sebahagian besar tertumpu kepada latihan dan pangkalan logistik bagi memperluaskan Tentera Laut Filipina, Pengawal Pantai, dan kemampuan tentera udara negara itu melaksanakan operasi di perairan Filipina. Katanya Vietnam akan menerima AS$19.6 juta (RM85.39 juta) untuk FY2015 dan AS$20.5 juta (RM89.31 juta) untuk FY2016, tertakluk kepada proses peruntukan.

ARTIKEL YANG SAMA