AS luluskan ‘Viagra wanita’

AS luluskan ‘Viagra wanita’

WASHINGTON, 19 Ogos – Pengawal atur Amerika Syarikat semalam meluluskan “Viagra wanita” pertama, sejenis ubat dikenali sebagai Addyi yang mampu meningkatkan kesihatan seksual wanita muda.

Dikeluarkan oleh Sprout Pharmaceuticals yang berpangkalan di Carolina Utara, Addyi, juga dikenali sebagai flibanserin, menerima kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA), dengan syarat langkah penjagaan tambahan diambil untuk memastikan wanita tidak mengambilnya dengan alkohol berikutan risiko kesan sampingan yang serius.

“Kelulusan pada hari ini menyediakan wanita yang terjejas kesihatan seksualnya dengan pilihan rawatan yang diluluskan,” kata Janet Woodcock, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penilaian Ubat di pejabat Pentadbiran Makanan dan Ubat AS.

FDA meluluskan Addyi terutamanya kerana keadaan dikenali sebagai “perolehan dan masalah kesihatan seksual,”.

“Sebelum kelulusan Addyi, tiada rawatan yang diluluskan FDA bagi masalah seksual di kalangan lelaki atau wanita,” kata agensi itu.

Ubat tersebut tidak boleh diambil dengan alkohol, dan hanya boleh didapati di farmasi yang diiktiraf, kerana ia berpotensi menyebabkan penggunanya pitam serta mengalami tekanan darah rendah yang teruk.

Pada Jun, panel penasihat FDA menggesa pengawal atur supaya meluluskan flibanserin, selepas sebelumnya mengundi menentangnya sebanyak dua kali pada tahun sebelumnya. – AFP