AS mahu penangkapan El Chapo diutamakan

AS mahu penangkapan El Chapo diutamakan

WASHINGTON, 14 Julai (AFP) – Amerika Syarikat (AS) mahu penangkapan semula raja dadah Mexico, Joaquin “El Chapo” Guzman diberika keutamaan selepas berjaya meloloskan diri dari penjara yang berciri keselamatan tinggi sejak seminggu lalu.

Ketua rangkaian dadah terbesar Sinaloa itu yang terbabit dalam penyeludupan dadah dan jenayah terancang di AS, di mana Suruhanjaya Jenayag Chicago sebelum ini menamakannya sebagai ‘Musuh Nombor Satu Awam’.

“Penangkapan semula oleh pihak berkuasa Mexico harus diberi keutamaan oleh kerajaan Mexico dan juga AS,” kata jurucakap Jabatan Negara, John Kirby.

Beliau berkata, peguam negara AS dan Mexico sudahpun berbincang mengenai itu berkenaan, semalam dan bersetuju memberi fokus ke arah usaha memberkas El Chapo.

Guzman melarikan diri dengan melalui satu terowong sejauh 1.5 kilometer Sabtu lalu, kali kedua berjaya melepasi keselamatan penjara yang dianggap memalukan kerajaan Mexico.

Raja dadah Sinaloa itu berjaya melarikan diri pada tahun 2001 namun berjaya ditangkap semula pada Februari tahun lalu dan dihantar ke penjara untuk tahanan 17 bulan.

ARTIKEL YANG SAMA