AS mahu tingkat hubungan di ASEAN

AS mahu tingkat hubungan di ASEAN

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) – Amerika Syarikat berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan negara-negara Asia Tenggara ketika Washington memandang rantau itu sebagai elemen penting dalam dasar luarnya, kata Presiden Barack Obama.

Justeru, katanya negara itu akan berusaha meningkatkan interaksi dengan masyarakat dan institusi-institusi di ASEAN.

“Amerika Syarikat perlu menjadi rakan perkongsian dengan negara-negara di rantau ini demi masa depan bersama. Asia Tenggara merupakan elemen penting dalam dasar hubungan luar Amerika Syarikat,” katanya

Barack Obama dan Perdana Menteri Malaysia ketika mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-27. – Bernama
Barack Obama dan Perdana Menteri Malaysia ketika mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-27. – Bernama

Obama berkata demikian pada mesyuarat ‘town hall’ bersama lebih 500 peserta daripada alumni Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di sebuah universiti swasta di Subang Jaya, dekat ibu negara, hari ini.

Pertemuan tersebut merupakan acara pertama selepas beliau tiba di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Berkaitan ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27.