AS mara ke suku akhir, Haiti menang

AS mara ke suku akhir, Haiti menang

KANSAS CITY, AS, 14 Julai (AFP) – Jaringan Michael Bradley pada separuh masa kedua, membantu Amerika Syarikat (AS) bangkit dari ketinggalan untuk mencatat keputusan 1-1 dengan Panama di Sporting Park di sini, sebentar tadi.

Kapten AS itu memadam jaringan pendahuluan Panama menerusi Blas Perez pada minit ke-33, untuk sekali gus memastikan tuan rumah mengungguli saingan Kumpulan A pada Kejohanan Piala Emas, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (CONCACAF).

Pasukan bimbingan Jurgen Klinsmann itu bakal bertemu pemenang terbaik tempat ketiga dari Kumpulan B atau C dalam saingan peringkat suku akhir di Baltimore pada Sabtu ini.

Panama, yang telah mewujudkan banyak peluang yang lebih baik sepanjang babak pertama, mendahului pada minit ke-34 melalui penyerang FC Dallas, Perez.

Bradley (4) menendang bola dalam aksi Piala Emas semasa menentang Panama di Sporting Park, Kansas semalam. – AFP
Bradley (4) menendang bola dalam aksi Piala Emas semasa menentang Panama di Sporting Park, Kansas semalam. – AFP

Pemain sayap yang berpangkalan di Peru, Luis Tejada adalah arkitek jaringan apabila dengan mudah mengatasi Chris Wondolowski sebelum membuat hantaran silang rendah kepada Perez untuk membuat penyudah dari jarak dekat.

Sebelum itu, dua usaha menarik Brad Guzan menghalang Panama mendahului pada minit ke-22, penjaga gol Aston Villa menyekat bola melantun Wondolowski sebelum menghentikan bola melantun dari Valentin Pimentel.

Panama menemui lubuk selepas 10 minit apabila Tejada mengemudikan sepakan percuma dari sebelah kanan tetapi diputuskan ofsaid sekali gus melegakan pertahanan AS.

ARTIKEL YANG SAMA