AS masih menanti pengganti Agassi, Sampras

AS masih menanti pengganti Agassi, Sampras

NEW YORK, 28 Ogos – Selepas Andy Roddick merangkul kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2003, tiada seorang pun pemain AS berjaya meraih gelaran grand slam sekali gus menyaksikan negara itu kemarau kejuaraan selepas 47 kejohanan sebelum Terbuka AS membuka tirai kejohanan Isnin ini.

Generasi selepas legenda AS yang menjuarai 14 Grand Slam, Pete Sampras dan Andre Agassi yang menjulang lapan gelaran utama gagal meneruskan kecemerlangan mereka dengan ikon Switzerland, Roger Federer dan Rafael Nadal dari Sepanyol kini menjadi watak dominan dalam sukan tenis.

Sampras menjulang gelaran grand slam terakhirnya di Terbuka AS 2002 manakala kejuaraan grand slam terakhir Agassi hadir di Terbuka Australia sebelum Roddick membawa pulang gelaran Terbuka AS 2003 untuk membolehkannya berada di kedudukan No.1 hingga Februari 2004.

Sejak itu, tiada seorang pun pemain AS berada di kedudukan teratas dan sejak 2011 tiada seorang pun wakil AS berada dalam kelompok 10 pemain terbaik ATP selepas Mardy Fish yang akan bersara selepas Terbuka AS tahun ini.

Peminat sukan tenis AS masih lagi menunggu pengganti Agassi (kiri) dan Sampras (kanan) dalam sukan mewah yang didominasi oleh pemain Sepanyol dan Switzerland. – Reuters
Peminat sukan tenis AS masih lagi menunggu pengganti Agassi (kiri) dan Sampras (kanan) dalam sukan mewah yang didominasi oleh pemain Sepanyol dan Switzerland. – Reuters

Minggu ini, John Isner, 30, yang berada di ranking ke-10 dunia akan memikul tanggungjawab selaku pemain No.1 AS dalam kejohanan itu dan pemain yang memiliki 10 gelaran itu memberitahu, AS memiliki barisan pemain yang kuat dengan 20 lagi pemain akan bangkit bersama dengannya.

“Saya tidak berdepan sebarang tekanan menjadi pemain No.1 AS. Saya berbangga dengan penghormatan ini. Ramai pemain AS mengidamkan kedudukan saya tetapi saya dapat rasakannya masih milik saya,” katanya.

Isner bagaimanapun masih gagal merangkul kejuaraan elit grand slam dengan pencapaian terbaiknya ialah suku akhir Terbuka AS.

Satu-satunya pemain AS yang diletakkan sebagai pemain pilihan di Flushing Meadows ialah Jack Sock yang berada di ranking ke-28 dunia, pemain termuda dalam kelompok 22 pemain yang memenangi kejuaraan ATP di Houston Clay pada April lalu.

“Saya hanya di peringkat permulaan tetapi setiap tahun ramai pemain AS menunjukkan peningkatan. Kami bermain dengan baik,” kata Sock. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA