AS memperingati tragedi 9/11

AS memperingati tragedi 9/11

NEW YORK, 11 Sept – Amerika Syarikat (AS) hari ini memperingati tahun ke-15 serangan 11 September dengan upacara penuh sayu bagi mengenang para mangsa serangan ganas yang mengorbankan banyak jiwa di bumi AS, yang telah mengubah dunia selama-lamanya.

Hampir 3,000 orang terkorban pada 11 September 2001 apabila 19 pengebom berani mati Al-Qaeda merampas empat buah pesawat udara penumpang, merempuhkannya ke arah Menara Berkembar di New York, Pentagon di Washington dan sebuah ladang di Shanksville, Pennsylvania.

Ia merupakan serangan asing pertama ke atas tanah besar AS dalam tempoh hampir dua dekad dan mencetuskan serangan yang diketuai AS ke atas Afghanistan (2001) dan Iraq (2003) yang mana peperangan meletus lebih sedekad kemudian.

Negara-negara di Timur Tengah dari Libya hingga Syria dilanda peperangan, menjadi medan subur untuk gabungan Al-Qaeda membiak, dan Eropah telah diganggu dengan serangan Kumpulan Negara Islam (IS).

Gambar fail bertarikh 11 September 2015 menunjukkan Barack Obama dan Michelle Obama, bersama yang lainnya mengingati peristiwa 9/11 di Rumah Putih, Washington. – AP
Gambar fail bertarikh 11 September 2015 menunjukkan Barack Obama dan Michelle Obama, bersama yang lainnya mengingati peristiwa 9/11 di Rumah Putih, Washington. – AP

Nama-nama mereka yang terkorban dibacakan dalam upacara kenangan di Ground Zero, New York di tapak Pusat Dagangan Dunia yang dibina semula dan Presiden Barack Obama berucap pada satu upacara di Pentagon.

Ulang tahun ke-15 itu diadakan ketika AS rancak dengan kempen presiden yang memecahbelahkan antara Hillary Clinton, yang pernah menjadi Senator New York pada ketika serangan dan taikun Manhattan, Donald Trump. Kedua-dua calon dijangka menghadiri upacara New York itu.

Diadakan di memorial 11 September, mengenang kembali detik-detik rempuhan dua pesawat apabila setiap menara roboh, dan serangan ke atas Pentagon dan Flight 93 yang terhempas di Pennsylvania. – AFP