AS menang bergaya

AS menang bergaya

LOS ANGELES, 2 Ogos – Pasukan Amerika Syarikat (AS), yang berusaha memburu pingat emas Olimpik ketiga mereka berturut–turut dalam bola keranjang, menamatkan siri persaingan pra Sukan Musim Panas dengan mencatatkan kemenangan 110-66 ke atas pasukan nombor 25 dunia, Nigeria kelmarin.

Persediaan pasukan AS ke Sukan Rio de Janiero itu melibatkan lima kemenangan, tetapi hanya satu hadir ketika menentang pasukan ranking 10 terbaik dunia. Mereka dengan mudah menewaskan pasukan no.4 Argentina, no. 14 China dua kali dan kemenangan ke atas pasukan no.22, Venezuela dengan 35 mata.

“Kami beraksi dengan pertahanan yang bagus dan ia membawa kepada beberapa kejayaan pantas,” kata ketua jurulatih, mike Kryzyzewksi. ‘Pasukan kami bekerja keras. Pasukan paling serba boleh yang kami ada.”

Aksi Ben Uzoh (kiri) dari pasukan Nigeria bersama DeMarcus Cousins (tengah) dan Jimmy Butler (kanan) dari pasukan AS semasa siri persaingan pra Sukan Musim Panas di Houston. – AP
Aksi Ben Uzoh (kiri) dari pasukan Nigeria bersama DeMarcus Cousins (tengah) dan Jimmy Butler (kanan) dari pasukan AS semasa siri persaingan pra Sukan Musim Panas di Houston. – AP

Biarpun ketiadaan bintang NBA, LeBron James dan Stephen Curry, skuad kendalian Kryzewski dilihat akan memenangi pingat emas ketiga berturut–turut. Setengah dozen dari pemain AS menamatkan dengan mencatatkan dua digit semalam, termasuk Carmelo Anthony, yang mencatatkan 19 mata bagi pasukan.

Klay Thompson (17), Kevin Durant (14), DeMar DeRozan (13), DeMarcus Cousins (10)dan DeAndre Jordan (10) juga menamatkan dengan dua digit. Kyle Lowry mencatatkan 11 asis dan Jordan mencatatkan rebound dalam kejayaan di Toyota Center arena di Houston, Texas.

Pemain pengawal Kyrie Irving (yang mengalami kecederaan paha kiri) dan Paul George (kaki kiri) tidak beraksi semalam. Irving mengalami kecederaan paha apabila bertembung dengan pemain Venezuela ketika persaingan Jumaat lalu di Chicago. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA