AS menang tipis 3-2, Panama benam Nicaragua

WASHINGTON, 13 Julai – Dua jaringan Jordan Morris membantu AS untuk mengetepikan Martinique 3-2 semalam dalam aksi Piala Emas CONCACAF di Tampa, Florida.

Pasukan Bruce Arena terikat seri 1-1 ketika menentang Panama dalam aksi pembukaan mereka, sekali lagi kurang meyakinkan, melepaskan pendahuluan 2-0 kepada Martinique sebelum rembatan Morris pada minit ke-76 melengkapkan kemenangan.

Arena membuat lapan pertukaran terhadap pasukan yang seri menentang Panama tetapi AS tidak dapat untuk membangunkan sebarang momentum pada separuh masa pertama yang hanya berkesudahan seri tanpa jaringan.

Omar Gonzalez mengurangkan rasa gentar dengan jaringan pada minit ke-53, menyudahkan jaringan antarabangsa keduanya selepas rembatan dari rakan sepasukan Paul Arriola melantun mengenai penjaga gol Martinique, Olimpa.

AS menggandakan pendahuluan pada minit ke-64 ketika hantaran lintang dari Eric Lichaj dari sudut kanan menemukan Morris. Tetapi pasukan Martinique cuba untuk menghasilkan kemenangan pembukaan ke atas Nicaragua, yang menyamakan kedudukan kurang dari 10 minit.

Kevin Parsemain #17 dari Martinique menjaringkan gol melepasi Paul Arriola #20 dan Omar Gonzalez #3 dari AS dalam perlawanan di Stadium Raymond James, kelmarin. – AFP
Kevin Parsemain #17 dari Martinique menjaringkan gol melepasi Paul Arriola #20 dan Omar Gonzalez #3 dari AS dalam perlawanan di Stadium Raymond James, kelmarin. – AFP
Pertahanan Panama Eric Davis (kiri) mengekang ancaman penyerang Nicaragua Juan Barrera dalam aksi Piala Emas di Stadium Raymond James Stadium di Tampa, Florida kelmarin. – AFP
Pertahanan Panama Eric Davis (kiri) mengekang ancaman penyerang Nicaragua Juan Barrera dalam aksi Piala Emas di Stadium Raymond James Stadium di Tampa, Florida kelmarin. – AFP

Kevin Parsemain membuat sepakan melencong ke bahagian bawah jaring dari luar kawasan penalti pada minit ke-66 dan Martinique menyamakan kedudukan selepas minit ke-75 apabila Parsemain mendapatkan peluang menjaringkan gol selepas rembatan rakan sepasukan Johan Audel melantun mengenainya dalam larian menewaskan penjaga gol AS, Brad Guzan.

Hanya seminit kemudian, Morris meluru mendapatkan hantaran lintang dari Gyasi Zardes dan melepaskan rembatan yang menewaskan Olimpa.

“Kuncinya adalah untuk tidak menyerah kalah,” kata Gonzalez, yang menjaringkan gol keduanya dalam 42 kemunculan bersama pasukan AS. Jelas kami menyukarkan kedudukan kami dan kami hapir melakukan lebih baik lagi.

“Kekecewaan itu adalah sebahagian dari fakta kami membiarkan dua gol. Saya merasakan kami banyak bergerak di sana, kami boleh melakukan lebih baik,” tambah Gonzalez.

Pemenang lima kali kejohanan serantau bagi Amerika Utara dan Tengah dan Caribbean, AS mengungguli Kumpulan B dengan empat mata.

Mereka menyamakan bersama Panama yang menjaringkan dua gol dalam tempoh tujuh gol untuk menewaskan Nicaragua dalam perlawanan pembukaan menjelang persaingan di Tampa.

Pemain AS Juan Agudelko (tengah) menyelinap mencari sasaran di antara pertahanan Martinique, Nicolas Zaire (kiri) dan Jordy Deelem. – AFP
Pemain AS Juan Agudelko (tengah) menyelinap mencari sasaran di antara pertahanan Martinique, Nicolas Zaire (kiri) dan Jordy Deelem. – AFP
Penjaga gol Nicaragua Diedrich Tellez (kanan) menyelamatkan gawang dari asakan pemain Panama. – AFP
Penjaga gol Nicaragua Diedrich Tellez (kanan) menyelamatkan gawang dari asakan pemain Panama. – AFP

Selepas tanpa gol pada babak pertama, Nicaragua merampas pendahuluan pada minit ke-49 selepas Carlos Chavarria merembat dengan kaki kanan dari luar kotak penalti sehingga menggegarkan sebelah kiri gawang.

Seminit kemudian, pemain Panama Ismael Diaz pula menjaringkan gol dengan kaki kiri dari tengah kawasan penalti. Gabriel Torrea melengkapkan kemenangan dengan gol pada minit ke-57.

Sementara itu, Panama bangkit dengan dua gol dalam tujuh minit kelmarin untuk mengalahkan Nicaragua dalam aksi Piala Emas CONCACAF Kumpulan B di Tampa, Florida.

Nicaragua membuka jaringan tetapi Panama menjawab dengan pantas untuk meraih tiga mata di Kumpulan B, yang menyaksikan AS membenam Martinique 3-2 dalam aksi di tempat yang sama.

Selepas tanpa gol pada babak pertama, Nicaragua merampas pendahuluan pada minit ke-49 hasil rembatan kaki kiri Carlos Chavarria dari luar kotak penalti ke kiri gawang.

Seminit kemudian, Ismael Diaz dari Panama menjaringkan gol dengan kaki kiri dari pusat kawasan itu. Panama merampas kejuaraan pada minit ke-57 dengan jaringan Gabriel Torres di kawasan penalti.

Dalam perlawanan kedua di Stadium Raymond James, AS berjaya bangkit daripada seri 1-1 yang mengecewakan dengan Panama dalam aksi pembukaan mereka dalam kejohanan serantau untuk Amerika Utara dan Tengah dan Caribbean itu. – AFP