AS mengalu-alukan 10,000 pelarian Syria

AS mengalu-alukan 10,000 pelarian Syria

WASHINGTON, 13 Julai – Amerika Syarikat (AS) akan mengalu-alukan 10,000 pelarian Syria pada tahun fiskal ini seperti yang dijanjikan oleh Presiden Barack Obama, Setiausaha Negara, John Kerry mengumumkan kelmarin.

Washington telah dikritik oleh beberapa aktivis kerana bertindak terlalu lambat dalam menyelesaikan mereka yang melarikan diri daripada konflik tersebut, sementara pesaing Obama memberi amaran jumlah mereka mungkin termasuk pengganas.

Namun Kerry mengatakan AS kini sedang dalam laluan untuk menerima masuk 10,000 pela-rian yang terjejas, dipilih dari kem-kem PBB dan diperiksa oleh agensi-agensi perisikan dan keselamatan. “Ia juga mewakili penambahan enam kali ganda berhubung apa yang kami lakukan pada tahun sebelumnya,” kata Kerry merujuk pada tahun fiskal AS, yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 30 September.

“Saya bangga untuk mengatakan AS sejauh ini penyumbang terbesar bagi bantuan kecemasan, namun kami semua mengenal pasti bahawa masih lagi banyak yang perlu dilakukan,” ujarnya. – AFP