AS, Mexico rebut slot Piala Konfederasi 2017

AS, Mexico rebut slot Piala Konfederasi 2017

WASHINGTON, 28 Julai (AFP) – Kejayaan Mexico merangkul Piala Emas tidak akan lengkap tanpa kemenangan ke atas AS dalam perlawanan penentuan untuk Piala Konfederasi 2017 Oktober nanti, pengurus Mexico Miguel Herrera berkata.

Jurulatih AS Jurgen Klinsmann, yang mana pemainnya selesai di tempat keempat selepas cuba untuk mempertahankan Piala Emas, mengetahui satu jaringan dalam jangkauan tetapi kalah tipis kepada Jamaica dan tewas penalti kepada Panama.

Musuh ketat ini akan bertemu di Rose Bowl, Pasadena 9 Oktober untuk menentukan sama ada pemenang Piala Emas 2013 atau 2015 yang akan menyertai lapan pasukan rantau Amerika Utara dalam acara pemanas badan untuk Piala Dunia di Rusia.

“Kami mesti bersedia untuk permainan yang terbaik,” kata Herrera. “Ia menjadi misi yang tidak lengkap jika kami masih ada satu perlawanan lagi. Kami mahu pergi ke Piala Konfederasi. Kami tahu AS amat kuat.

“Ada kepuasan dalam mencapai matlamat kami dalam kejohanan ini. Sekarang kami mesti pergi ke Piala Konfederasi.”

Walaupun AS memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, kebanyakan daripada 90,000 penonton menunjukkan sokongan yang kuat untuk Mexico. El Tricolores memiliki rekod 33-18 dengan 14 seri dalam persaingan sepanjang masa dengan AS.

“Melihat skuad AS dengan teliti adalah satu kewajipan. Ia bakal menjadi permainan yang benar-benar sukar,” kata Herrera. “Kami perlu pergi untuk perlawanan Oktober ini. Kami tidak boleh berpura-pura baik dan berdiam diri kerana ia perlawanan yang sangat penting, dan pada November pula, kelayakan Piala Dunia bermula.”

ARTIKEL YANG SAMA