AS mohon kerjasama rapat Rusia

AS mohon kerjasama rapat Rusia

MOSCOW, 15 Julai – Diplomat tertinggi Amerika Syarikat (AS), John Kerry menekankan tindakan segera kerjasama rapat di Syria selepas Kremlin berkata hari ini mengenai cadangan AS bagi kerjasama langsung tentera di negara yang dilanda perang yang tidak diutarakan pada rundingan awal bersama Presiden Vladimir Putin.

Pada hari kedua dan terakhir lawatannya ke Moscow, Kerry memohon bagi kerjasama yang dipertingkatkan antara AS dan Rusia untuk mencegah kumpulan jihad dan memulihkan semula proses perdamaian Syria, beberapa jam selepas kira-kira 84 orang terkorban dalam satu serangan di Nice.

“Tiada tempat pengganas yang mempunyai lubuk dan inkubator yang lebih besar ini selain di Syria,” kata Kerry selepas bertafakur bagi memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa menjelang rundingannya dengan rakan sejawat Rusia, Sergei Lavrov.

“Dan saya rasa orang ramai di seluruh dunia sedang melihat kepada kita dan menanti untuk kita mencari cara yang lebih cepat dan ketara,” bagi memerangi pengganasan, kata Kerry.

“Anda dan saya serta pasukan anda berada dalam kedudukan baik yang sebenarnya dapat melakukan sesuatu tentangnya,” tambahnya, ketika mengutarakannya kepada Lavrov.

Mesyuarat Kerry bersama Lavrov disusuli apa yang diplomat AS tertinggi mengatakan rundingan ‘serius dan jujur’ bersama Presiden Vladimir Putin pada Khamis.

Namun Kremlin berkata hari ini, kerjasama langsung tentera antara Moscow dan Washington di Syria, satu cadangan Kerry yang akan dilakukan, tidak disampaikan dalam rundingan kelmarin.

Menurut dokumen bocor yang dilihat oleh Washington Post, cadangan penting Kerry itu adalah untuk menawarkan Rusia kerjasama rapat tentera AS menentang kumpulan jihad Al-Nusra Front. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA