AS namakan ra...

AS namakan rangkaian Indonesia berkaitan IS

JAKARTA, 11 Jan – Amerika Syarikat (AS) telah menamakan rangkaian pelampau Indonesia yang berkaitan dengan kumpulan Islamic State (IS) yang menjalankan serangan maut di Jakarta tahun lepas sebagai organisasi pengganas.

Jabatan Kerajaan berkata kelmarin yang Jemaah Ansharut Daulah (JAD) adalah sebuah ‘kumpulan pengganas berpangkalan di Indonesia yang ditubuhkan pada 2015 dan memiliki hampir puluhan kumpulan pelampau Indonesia’ yang menjadi pengikut IS.

AS juga mengumumkan sekatan ke atas empat militan sebagai sebahagian daripada usaha untuk memutuskan akses IS kepada sistem kewangan antarabangsa. Pegawai AS berkata militan dari JAD melakukan serangan bunuh diri dan senjata di bandar Indonesia pada Januari tahun lepas yang mengakibatkan empat orang awam dan empat penyerang maut dalam serangan pertama IS di Asia Tenggara.

Serangan itu disokong secara kewangan oleh militan IS di Syria, kata mereka.

Jabatan Kerajaan berkata akibat telah ditandakan sebagai kumpulan pengganas itu termasuk satu tegahan ke atas warga AS yang terlibat dalam perniagaan bersama JAD, dan pembekuan bagi mana-mana kemudahan berkaitan dengan kumpulan di Amerika.

JAD telah berkaitan dengan siri plot lain di Indonesia, termasuk serangan bom ke atas gereja yang membunuh seorang kanak-kanak dan rancangan untuk melancarkan pengeboman berani mati semasa musim Krismas yang digagalkan apabila militan yang merancang serangan itu dibunuh.

Di antara empat militan yang akan disekat itu adalah dua warga Indonesia.

Bahrumsyah adalah seorang warga Indonesia bertempur bersama IS di Syria yang dipercayai mengetuai unit radikal Asia Tenggara, yang telah mengarahkan serangan di tempat asal dan memindahkan dana kepada militan.

Militan Indonesia lain adalah Aman Abdurrahman, seorang radikal yang dipenjarakan yang membenarkan serangan Jakarta dan dianggap ketua de facto kepada semua penyokong IS di Indonesia, menurut para pegawai AS. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA