AS, Nigeria tubuh kumpulan kerja tangani keselamatan, ekonomi, rasuah

AS, Nigeria tubuh kumpulan kerja tangani keselamatan, ekonomi, rasuah

WASHINGTON, 31 Mac (Reuters) – Amerika Syarikat dan Nigeria kelmarin bersetuju untuk menubuhkan kumpulan kerja yang menumpu pada memperkukuhkan kerjasama keselamatan, ekonomi dan menangani rasuah selepas rundingan sepanjang hari di Jabatan Negeri.

Dalam kenyataan bersama itu, negara-negara mengatakan kumpulan berkenaan akan mengetengahkan cadangan dalam masa sebulan bagi mencapai matlamat.

Kerry bertemu Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari hari ini sejajar dengan sidang kemuncak nuklear dua hari di Washington melibatkan para pemimpin dari lebih 50 buah negara.

Mesyuarat kelmarin itu dilancarkan oleh Kerry dan Menteri Luar Negeri Nigeria, Geoffrey Onyeama, yang kedua-duanya menyedari cabaran keselamatan yang ditimbulkan oleh militan Boko Haram di timur laut dan negara jiran, serta saat-saat sukar ekonomi yang disebabkan oleh kejatuhan harga minyak.

Kerry mengatakan Amerika Syarikat (AS) komited untuk membantu Nigeria menangani pemberontakan Boko Haram, walaupun dia mengingatkan pasukan keselamatan perlu mengelak penganiayaan hak asasi kemanusiaan walaupun ketika mereka mempertingkatkan peperangan ke atas kumpulan jihad, yang menjamin untuk setia pada kumpulan Islamic State (IS).

Dalam bidang ekonomi pula, Kerry mengatakan AS telah ‘digalakkan’ oleh komitmen Buhari untuk mempelbagaikan ekonomi Nigeria untuk mengurangkannya daripada bergantung ke atas minyak.

ARTIKEL YANG SAMA