AS pecat komander tentera laut selepas pelanggaran maut

TOKYO, 11 Okt – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) hari ini memecat dua komander tertinggi dari kapal perang yang terlibat dalam perlanggaran maut bersama kapal tangki di luar perairan Singapura, memetik ‘hilang keyakinan’ dalam diri para pegawai tersebut.

Pada 21 Ogos, kapal pemusnah USS John S. McCain berlanggar ke arah sebuah kapal tangki ketika kapal perang itu menuju ke Singapura, mengakibatkan rekahan besar di badan kapal.

Pelanggaran itu telah mengorbankan 10 kelasi dan mencederakan lima yang lain.

Insiden itu muncul selepas kapal pemusnah lain, USS Fitzgerald, berlanggar dengan kapal kargo Filipina di luar Jepun pada Jun, mengorbankan tujuh kelasi.

Pegawai pemerintah Alfredo J. Sanchez dan pegawai eksekutif Jessie L. Sanchez dari USS John S. McCain ‘dilepaskan dari tugas mereka’ hari ini, menurut US Seventh Fleet berpangkalan di Pasifik dalam satu kenyataan.

“Kedua-duanya dilepaskan akibat hilang keyakinan,” katanya. – AFP