AS, Pejuang Syiah tidak bekerjasama di pangkalan Iraq

AS, Pejuang Syiah tidak bekerjasama di pangkalan Iraq

WASHINGTON, 24 Jun (AFP) – Pentagon semalam berkata terdapat beberapa pejuang Syiah di pangkalan tentera Iraq yang mana Washington hanya menghantar 450 anggota bantuan, tetapi mereka tidak bertugas dengan pasukan Amerika Syarikat (AS), dengan menekankan kebimbangan berhubung kait dengan para pejuang sektarian.

Jurucakap Pentagon Kolonel Steve Warren berkata sementara terdapat ‘kumpulan kecil’ pejuang Syiah di pangkalan Taqaddum, bilangan itu hanya dalam dua digit lebih rendah, tidak membentuk unit penuh dan tidak berinteraksi dengan pasukan AS.

Taqaddum adalah kawasan utama dalam pertempuran untuk merampas semula bandar Ramadi dan wilayah Sunni, Al-Anbar dari kumpulan Negara Islam (IS).

Para pejuang Syiah dan Kurdis dikritik dalam menunjang ketenteraan Iraq yang semakin lemah untuk memerangi IS. Tetapi AS teragak-agak untuk melihat militan Syiah yang terlibat dalam usahanya untuk memerangi IS, di sebalik kesediaan mereka untuk bertempur.

Kebanyakan pasukan disokong oleh saingan AS, iaitu Iran dan pihak ketenteraan tidak pernah melupakan pertempuran sengit dengan kumpulan Syiah selepas serangan Amerika ke atas Iraq pada 2003.

AS dan pemerhati antarabangsa juga bimbang militan seumpama itu boleh mencetuskan pertempuran sektarian ketika kempen-kempen.

Dalam laporan tahunannya mengenai keganasan yang dikeluarkan Jumaat lau, AS berkata Tehran terus ‘menaja kumpuan pengganas di seluruh dunia.”

Warren berkata para pejuang Syiah membuat penyelarasan dengan pasukan kerajaan Iraq di pangkalan strategik dan AS menjadikan syarat pengerahan tentera ke pangkalan udara bahawa unit militia Syiah diundurkan.