AS perlu hormati kepentingan utama China

AS perlu hormati kepentingan utama China

BEIJING, 21 Dis (Reuters) – Amerika Syarikat perlu menghormati kepentingan utama China, termasuk berhenti menjual senjata kepada Taiwan dan menamatkan rondaan tentera berhampiran pulau kecil yang dikawal oleh China di Laut China Selatan, beritahu menteri luar negara itu kepada rakan sejawatan Amerika Syarikat.

Dalam satu panggilan telefon kepada Setiausaha Negara AS, John Kerry, Menteri Luar China Wang Yi berkata dunia sedang menjadi tempat yang lebih mencabar, menurut satu kenyataan Kementerian Luar China yang dikeluarkan hari ini. “Tatkala AS berusaha mendapatkan kerjasama dengan China, ia harus menghormati kepentingan utama China dan isu penting,” menurut kenyataan yang memetik Wang sebagai berkata.

Wang menjelaskan kepada Kerry kedudukan China mengenai Taiwan dan Laut China Selatan, meminta Amerika Syarikat supaya menamatkan jualan senjata kepada pulau dan berhenti “menunjukkan kekerasan” terhadap rondaan kapal dan pesawat udara berhampiran pulau yang dikawal China di Laut China Selatan, tambah kenyataan itu. AS menimbulkan kemarahan China pada minggu lalu dengan meluluskan penjualan senjata baru ke Taiwan.

Menteri Luar China Wang Yi.
Menteri Luar China Wang Yi.

Tentera Nasionalis melarikan diri ke pulau pada akhir perang saudara dengan Komunis pada 1949 dan Beijing tidak pernah menafikan akan menggunakan kekerasan untuk mengawalnya. China juga berasa kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai tindakan provokatif AS di Laut China Selatan, termasuk rondaan.

Pentagon berkata pada Jumaat ia sedang mengkaji aduan China mengatakan sebuah kapal terbang pengebom B-52 terbang berhampiran pulau tiruan China di Laut China Selatan baru-baru ini, satu isu yang sensitif disebabkan kedua-dua kuasa tidak bersetuju dengan tuntutan wilayah Beijing di rantau.

ARTIKEL YANG SAMA