AS perlu terus beri perhatian pada Asia

AS perlu terus beri perhatian pada Asia

SYDNEY, 9 Nov – Australia hari ini berkata adalah penting bagi Washington untuk terus menumpu pada Asia terutamanya bagi Donald Trump yang memenangi pilihan raya presiden, dengan Canberra ingin melihat lebih banyak penglibatan AS di rantau itu, bukan kurang.

Di bawah Presiden Barack Obama, AS telah mengusahakan ‘pangsi’ dasar luar ke arah Asia Pasifik, termasuklah menempatkan marin di Australia, dengan berlatar belakangkan Beijing yang semakin bersifat pendesak.

Dengan ketegangan tinggi berhubung tuntutan China di Laut China Selatan dan bimbang Trump mungkin negatif bagi prospek dagangan rantau itu, Menteri Luar Julie Bishop berkata adalah penting AS sepenuhnya terlibat.

“Negara-negara di rantau kita inginkan lebih banyak kepimpinan AS dan bukan kurang di Asia-Pasifik,” dia memberitahu Sky News dalam reaksi pertama Australia kepada kemungkinan kemenangan Trump ke atas bekas setiausaha negara, Hillary Clinton.

Jutawan populis itu telah mendapat kemenangan di beberapa buah negeri penting bagi Republikan dan nampaknya dijangka meraih kemenangan, menggoncang pasaran dunia dan mengejutkan para penyokong Clinton.

Bekas menteri kerajaan Australia Bronwyn Bishop (tengah, kiri), menyertai para penyokong calon presiden Republik, Donald Trump di Kelab Ragbi senasa menyaksikan keputusan pilihan raya di skrin gergasi di Sydney pada 8 November. – AFP
Bekas menteri kerajaan Australia Bronwyn Bishop (tengah, kiri), menyertai para penyokong calon presiden Republik, Donald Trump di Kelab Ragbi senasa menyaksikan keputusan pilihan raya di skrin gergasi di Sydney pada 8 November. – AFP

Ketika parlimen bersidang hari ini, Bishop dan Perdana Menteri Malcolm Turnbull secara dekat menyaksikan keputusan yang keluar dan muncul di telefon bimbit mereka.

Bishop dan Canberra mahu terus bekerjasama rapat dengan mana-mana pentadbiran baru dan mengadakan pertemuan kelak ‘untuk memastikan ia menumpu pada rantau kita dan kepentingan kepimpinan AS dan kehadiran AS di Asia-Pasifik.”

“Kita mempunyai lapangan kepentingan tertentu yang mesti sejajar dan kita akan mengusahakan apa yang boleh untuk memastikan pentadbiran baru AS menumpu pada rantau kita kerana itu adalah kepentingan negara kita,’ ujarnya.

“AS adalah pelabur langsung asing terbesar kita, rakan dagangan kedua terbesar kita, dengan itu adalah penting bagi kerajaan Australia untuk bersedia bekerjasama dengan sesiapa saja yang menjadi presiden AS seterusnya dan pada tahap ini nampaknya Donald Trump.”

Trump yang suka menggunakan kata-kata hebat bunyinya, yang mempunyai sedikit atau tidak ada pengalaman dasar luar, telah mengancam akan merosakkan perjanjian perdagangan bebas dan menutup sempadan AS.

Dia juga telah melahirkan keinginan untuk bekerjasama dengan mana-mana negara yang berkongsi matlamatnya bagi kestabilan, kemakmuran dan keselamatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA