AS permudah sekatan perjalanan, perdagangan Cuba

AS permudah sekatan perjalanan, perdagangan Cuba

WASHINGTON, 20 Sept (NNN) – Jabatan Perbendaharaan AS melonggarkan sekatan ke atas syarikat Amerika yang berusaha menjalankan perniagaan di Cuba dan seterusnya membuka perjalanan ke pulau itu dalam langkah terbaru oleh pentadbiran Obama untuk menghapus kesan praktikal sekatan perniagaan AS berusia 53 tahun itu.

Peraturan baru itu, yang berkuatkuasa esok, mensasarkan perjalanan, telekomunikasi, perkhidmatan Internet, operasi perniagaan dan perbankan, dan membenarkan syarikat AS menubuhkan syarikat di Cuba. Mereka juga menghapus had ke atas jumlah wang yang boleh dihantar balik oleh orang ke negara Caribbean, lapor Reuters.

“Hubungan AS-Cuba yang lebih kukuh dan tebruka mempunyai potensi mewujudkan peluang ekonomi untuk warga AS dan Cuba,” kata Setiausaha Perbendaharaan AS Jacob Lew.

“Dengan melonggarkan seterusnya sekatan berkenaan, Amerika Syarikat sedang membantu menyokong rakyat Cuba dalam usaha mereka untuk mencapai kebebasan politik dan ekonomi yang diperlukan untuk membina Cuba yang demokratik, makmur dan stabil,”kata beliau.

Pegawai berkata sementara perubahan disasarkan untuk memperkembangkan perniagaan, mereka juga berusaha merangsang hubungan “orang-kepada-orang” di antara warga Amerika dan Cuba.

Di bawah peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan dan Perdagangan AS, syarikat boleh menubuhkan anak syarikat atau usaha sama serta membuka pejabat, kedai dan gudang di Cuba. Mereka juga membenarkan telekomunikasi dan perkhidmatan Internet di antara kedua-dua negara itu.

Walaupun mereka tidak menukar siapa yang boleh berkunjung ke Cuba, peraturan tersebut memudahkan pergerakan pengunjung dengan memberikan lesen kepada pembekal pengangkutan. Peraturan itu juga memansuhkan had maksimum ke atas wang pengiriman dan membenarkan pengunjung membuka dan mengekal akaun bank di Cuba.

Peraturan itu mengatasi keselamatan pengunjung dengan membenarkan eksport peralatan awam ke Cuba untuk memastikan keselamatan pesawat udara, kata pegawai.

Peraturan berkenaan menambah peluang pendidikan dengan membenarkan kursus berasaskan Internet dan mengembang seterusnya usaha kemanusiaan dengan membenarkan bantuan bencana.